Powered By Blogger

Thursday 8 December 2011

MAGNET

MAGNET ialah sebatang logam yang boleh menarik objek yang diperbuat daripada besi atau keluli. Magnet  juga boleh menarik objek yang diperbuat daripada kobalt dan nikel.Terdapat dua jenis magnet, magnet semulajadi dan magnet buatan. Magnet semulajadi ialah bijih yang mempunyai kuasa magnet manakala magnet buatan pula ialah magnet yang dibuat daripada keluli. 

MAGNET dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Magnet Bar

Magnet Ladam Kuda
Magnet U


Magnet Rod

Magnet Butang

Magnet Gegelang


Kekuatan magnet tidak bergantung kepada bentuk dan saiz. Magnet yang lebih kuat akan menarik lebih banyk objek dengan lebih cepat. Bahagian magnet yang paling kuat ialah pada dua hujung kutubnya.


Bahan yang boleh ditarik oleh magnet disebut sebagai bahan magnet. Contohnya, paku, jarum, pembaris besi dan sebagainya.
Bahan yang tidak boleh ditarik oleh magnet disebut sebagai bahan bukan magnet. Contohnya, getah, kaca, kain, kayu dan sebagainya.

Magnet mempunyai dua kutub. Apabila digantung secara bebas, magnet akan menunjukkan satu hujungnya menuju ke arah utara dan satu hujungnya lagi menuju ke arah selatan.
Apabila kutub utara suatu magnet dibawa menghampiri kutub utara magnet yang lain, kedua-dua magnet akan menolak antara satu sama lain.
Apabila kutub utara suatu magnet dibawa menghampiri kutub selatan suatu magnet yang lain, kedua-dua magnet akan menarik antara satu sama lain.
 
Rumusannya, kutub magnet yang sama akan menolak, kutub yang berbeza akan menarik. 

6 comments:

  1. knp magnet diperbuat pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  2. Kenapa magnet diperbuat dalam pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  3. Knp magnet diperbuat pelbagai bentuk

    ReplyDelete
  4. Knp magnet diperbuat dalam pelbagai bentuk?

    ReplyDelete
  5. Knp magnet diperbuat Dalam pelbagai bentuk?

    ReplyDelete
  6. Las Vegas Sands Casino Hotel Review
    Vegas Sands is หาเงินออนไลน์ a Las Vegas casino hotel with a lot of slot 1xbet korean machines, table games and video poker. The Sands casino is known for its Casino 샌즈카지노 type: Land-basedCasino type: Land-based

    ReplyDelete